Rabu, 7 November 2012

Protect All 110 EVO - Pelan Kemalangan Diri


Protect All 110 EVO
Pelan Kemalangan Diri


Suatu perlindungan komprehensif oleh Protect All 110 EVO

Kemalangan mungkin menimpa sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Kerapkalinya, kemalangan menyebabkan kesengsaraan yang bukan hanya dari segi fizikal. Ia boleh meninggalkan kesan mental, emosional dan kewangan yang mendalam, terhadap diri sendiri juga yang tersayang. Lebih baik berjaga-jaga sebelum sesuatu menimpa. Mengapa tidak bersiap sedia sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku? Dengan pelan Protect All 110 EVO yang serba baru, anda boleh melindungi diri dan yang tersayang dari menanggung beban. Ia juga memastikan kewangan anda tidak terjejas ketika anda melalui tempoh sembuh.

Faedah
Faedah kematian kemalangan
Membayar jumlah keseluruhan apabila berlaku kematian akibat kemalangan.

Hilang anggota badan kekal / hilang upaya kekal akibat kemalangan
Membayar sehingga jumlah keseluruhan seperti di jadual.

Bayaran balik perubatan
Membayar balik perbelanjaan perubatan sehingga jumlah yang diinsuranskan merangkumi bilik hospital and makanan, rawatan klinikal, pesakit luar dan pembedahan.

Pampasan mingguan
Membayar balik sehingga 104 minggu jika Yang Diinsuranskan mengalami hilang upaya secara penuh atau separa, dan tidak dapat menjalankan tugasnya sepertimana disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar.
• Hilang Upaya Keseluruhan Sementara - 100% daripada jumlah manfaat
• Hilang Upaya Separa Sementara - 50% daripada jumlah manfaat

Pendapatan hospital harian
Pendapatan hospital harian sehingga RM300 setiap kemalangan (maksima 180 hari).

Patah Tulang/Kelecuran
Membayar sehingga RM50,000 seperti di jadual.

Faedah pakar perubatan
Faedah perubatan tambahan sehingga RM500 meliputi rawatan oleh ahli akupuntur, tukang urut, pakar tulang belakang, osteopati & fisioterapi. Dengan syarat rawatan pertama dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar.

Yuran ambulan
Membayar yuran ambulan apabila berlaku kemalangan sebanyak RM200 bagi setiap kemalangan.

Faedah kematian (sebarang punca)
Faedah Kematian sehingga RM200,000 dibayar apabila berlaku kematian.

Bebaskan diri anda melalui

Kecemerlangan (Excellence)
• Premium yang berpatutan semurah RM0.90 sehari (Pelan 1, Kod 01-02)
• Perlindungan seluruh dunia, 24 jam sehari, 7 hari seminggu

Nilai (Value)
• Perlindungan lanjutan
• Pembayaran premium tanpa masalah

Unggul (Outstanding)
• Pembaharuan perlindungan sehingga usia 75 tahun, tertakluk kepada tempoh maksimum 20 tahun.
• Pelbagai pelan yang memenuhi keperluan anda.

Ciri-Ciri
Pelan 1
(RM)
Pelan 2
(RM)
Pelan 3
(RM)
Pelan 4
(RM)
Pelan 5
(RM)
Pelan 6
(RM)
Kematian kemalangan
50,000
100,000
200,000
300,000
500,000
1,000,000
Hilang anggota badan kekal/hilang upaya kekal akibat kemalangan
50,000
100,000
200,000
300,000
500,000
1,000,000
Bayaran balik perubatan
5,000
6,000
8,000
10,000
12,000
15,000
Pampasan mingguan (maks 104 minggu):
a.      Hilang upaya keseluruhan sementara
b.      Hilang upaya separa sementara

100


50

200


100

300


150

400


200

500


250

600


300
Elaun hospital harian (maks 180 hari)
50
80
100
150
200
300
Patah tulang/kelecuran
8,000
10,000
15,000
20,000
30,000
50,000
Faedah pakar perubatan
100
300
400
500
500
500
Yuran ambulan
200
Kematian (sebarang punca)
20,000
30,000
40,000
60,000
100,000
200,000
Jumlah premium
Kod 01-02
Kod 03-05

324
454

492
749

753
1,168

1,094
1,736

1,669
2,725

2,875
5,019

Nota: Premium dan pembaharuan bagi perlindungan kemalangan tidak dijamin. Syarikat boleh mengulas premium pada ulang tahun polisi, dengan memberi notis bertulis 3 bulan.

Perlindungan

Ketika dalam sebarang bentuk perjalanan
• Bermotosikal

Ketika terlibat dalam sukan atau hobi
• Semua sukan amatur (kecuali seni mempertahankan diri dan tinju)
• Sukan air termasuk sukan kapal layar dan luncur air
• Selam skuba (Sehingga 50 meter dalam)
• Memburu
• Mendaki gunung
• Bermain polo
• Lompat bungee

Kemalangan punca semulajadi

• Bencana semulajadi termasuk La Nina, El Nino, banjir dan gempa bumi
• Gigitan serangga, gigitan ular and gigitan binatang

Lain-lain perlindungan tambahan
• Mogok rusuhan dan kekacauan awam
• Pembunuhan dan penyerangan (tanpa ancaman)
• Lemas
• Lemas akibat wap asap atau gas beracun
• Keracunan makanan dan minuman
• Perlindungan lanjutan bagi Demam Denggi dan Ensefalitis Jepun
- sehingga 100% daripada Bayaran Balik Perubatan

Pengecualian
• Perang, perang sivil, aktiviti pengganas, AIDS, kelahiran anak, keguguran, pembunuhan atau penyerangan yang diancam, dalam perjalanan sebagai kakitangan penerbangan, aktiviti udara, seni mempertahankan diri, perlumbaan, bahan radiasi, senjata nuklear dan di bawah pengaruh alkohol dan dadah.
• Ensefalitis Jepun (Japanese Encephalitis) & Demam Denggi dikecualikan bagi semua manfaat kecuali manfaat Bayaran Balik Perubatan.

Soalan-soalan yang sering diajukan
1. Kenapa saya perlukan pelan ini?
Dengan Protect All 110 EVO, anda akan menikmati faedah komprehensif serta ketenangan fi kiran kerana diri anda dan orang yang anda sayangi akan terjamin dari segi kewangan walaupun ditimpa kemalangan.

2. Siapa yang layak untuk memohon?
Seseorang yang berusia 18 tahun dan ke atas layak untuk memohon. Usia minima dan maksima hayat diinsuranskan ditetapkan pada usia 10 hingga 55. Pemohon boleh membaharui polisi ini hingga usia 75, tertakluk kepada tempoh maksima 20 tahun.

3. Bagaimanakah cara-cara pembayaran?
Anda boleh memilih untuk membayar premium anda secara:
1      1)      Tahunan 2) Setengah Tahun 3) Suku Tahun

4. Adakah polisi in mempunyai nilai tunai?
Tidak. Polisi ini tiada sebarang nilai tunai.


Ini adalah untuk maklumat am sahaja. Ia bukan merupakan Kontrak Insurans. Syarat-syarat dan peraturan terperinci pelan insurans dinyatakan di dalam Polisi.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
ZULKIFFLY BAHAROM
Executive Advisor
H/P   :  019-4430005