Sabtu, 3 November 2012

PA 500 - Insurans Kemalangan Diri





PA 500
Pelan Insurans Kemalangan Diri

Membentuk masa depan lebih cerah.
Anda sememangnya bijak. Anda telah merancang kehidupan anda dengan baik bagi menghadapi persaraan; membuat simpanan dan melabur dengan bijak bagi masa depan anda dan yang tersayang. Namun tahukah anda bahawa anda boleh menjamin masa depan yang lebih baik bagi keluarga anda?

PA 500 merupakan penyelesaiannya. Ia menawarkan faedah pendapatan bulanan yang terjamin sehingga tempoh 20 tahun. Ini adalah tambahan kepada Faedah Kematian yang dibayar untuk sebarang punca dan Bayaran Balik Perubatan. Sukar dipercayai bukan? Namun itulah hakikatnya!

Manfaat Pelan PA 500
Faedah Kematian Akibat Kemalangan
Jumlah Asas Diinsuranskan akan dibayar apabila berlaku kematian akibat kemalangan.
Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan
Syarikat akan membayar sehingga Jumlah Asas Diinsuranskan apabila berlaku Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Faedah bagi Kematian & Hilang Upaya Kekal.
Faedah Pendapatan Bulanan (akibat kemalangan)
Apabila berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan (*seperti yang didefinisikan di bawah sahaja), syarikat akan membayar yang diinsuranskan atau waris yang dinamakan Faedah Pendapatan Bulanan sehingga maksimum 20 tahun dari tarikh kemalangan. Faedah ini akan dibayar disamping bayaran Faedah Kematian & Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan.
*- Hilang keseluruhan kekal penglihatan sebelah mata
- Hilang keseluruhan kekal penglihatan kedua-dua belah mata
- Hilang atau hilang keseluruhan kekal daya penggunaan satu anggota
- Hilang atau hilang keseluruhan kekal daya penggunaan dua anggota
- Hilang daya pertuturan dan pendengaran kekal
- Hilang akal kekal serta tidak boleh sembuh
- Lumpuh keseluruhan
Faedah Kematian (punca semulajadi atau kemalangan)
Zurich akan membayar jumlah penuh faedah ini apabila berlaku kematian akibat sebarang punca.
Pendapatan Hospital Harian
Pendapatan Hospital Harian dibayar sehingga maksimum 180 hari apabila yang diinsuranskan dimasukkan ke hospital akibat kemalangan.
Bayaran Balik Perubatan
Syarikat akan membayar balik biaya perubatan merangkumi bilik & penginapan hospital, rawatan klinikal, pesakit luar dan pembedahan akibat kemalangan hingga ke had yang dinyatakan di Jadual Faedah & Premium


Perlindungan tambahan
Ketika dalam sebarang bentuk perjalanan
• Bermotosikal
• Kehilangan

Ketika terlibat dalam sukan atau hobi merangkumi:
• Semua bentuk sukan amatur kecuali seni mempertahankan diri dan tinju
• Sukan air termasuk sukan kapal layar dan luncur air
• Selam skuba (sehingga 50 meter dalam)
• Memburu
• Mendaki gunung
• Bermain Polo

Kemalangan Punca Semulajadi
• Bencana Alam termasuk La Nina, El Nino, banjir dan gempa bumi

Lain-lain perlindungan tambahan
• Mogok, rusuhan dan kekacauan awam
• Pembunuhan dan penyerangan (tanpa ancaman)
• Lemas
• Lemas akibat wap asap atau gas beracun
• Keracunan makanan dan minuman


Jadual Faedah dan Premium
Faedah
Pelan 1
(RM)
Pelan 2
(RM)
Pelan 3
(RM)
Pelan 4
(RM)
Pelan 5
(RM)
Faedah kematian kemalangan dan hilang upaya kekal
25,000
50,000
100,000
150,000
200,000
Faedah pendapatan bulanan
650
1,000
1,200
1,300
1,500
Faedah kematian (punca semulajadi atau kemalangan)
10,000
10,000
20,000
30,000
40,000
Pendapatan hospital harian
50
75
100
125
200
Bayaran balik perubatan
2,000
3,000
4,000
4,000
5,000
Premium tahunan
(Semua usia)
204
318
450
558
702



Ini adalah untuk maklumat am sahaja. Ia bukan merupakan Kontrak Insurans. Syarat-syarat dan peraturan terperinci pelan insurans dinyatakan di dalam Polisi.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
ZULKIFFLY BAHAROM
Executive Advisor
H/P   :  019-4430005